Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA 2012

Posted on
  • Jan 31, 2012
  • by
  • Admin
  • in
  •  
    Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka permohonan pinjaman pelajaran MARA bagi peringkat pengajian Diploma dan Ijazah untuk mereka yang sedang belajar di institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang terpilih.

    Institusi Pengajian

    Permohonan pinjaman MARA ini hanya untuk pengajian di beberapa institusi dan kolej yang terdapat dalam senarai yang disediakan oleh pihak MARA. Senarai tersebut boleh dilihat di bahagian Pendaftaran Pengguna Baru permohonan pinjaman MARA.
    Majlis Amanah Rakyat (MARA)

    Permohonan Pinjaman

    Permohonan pinjaman MARA ini boleh dibuat secaraonline atau dengan secara manual.

    Secara Online

    • Permohonan boleh dibuat di EduLoan.
    • Pemohon perlu mendaftar di bahagian Pendaftaran Pengguna Baru.
    • Sila rujuk bahagian Garis Panduan Permohonan sebelum mengisi borang.
    • Borang permohoan perlu dicetak dan dihantar bersama semua dokumen yang diperlukan.
     

    Secara Manual

    • Borang permohonan boleh didapati di EduLoan.
    • Borang boleh dimuat turun di bahagian eForm.
    • Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar bersama semua dokumen yang diperlukan.

    Tarikh Tutup

    Permohonan pinjaman MARA ini akan ditutup pada 15 Februari 2012.

    Pertanyaan

    Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan pinjaman MARA ini boleh dikemukan kepada;
    Bahagian Penganjuran Pelajaran,
    Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA,
    21, Jalan Raja Laut,
    50609 Kuala Lumpur
    Telefon: 03-26132015/ 03-26132016
    Faks: 03-26915854
    atau di mana-mana Pejabat MARA Negeri.



    0 komen:

    Post a Comment

    Takkan bace je kot? Komen sikit...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     
    Copyright (c) 2013-now Edited by mbt
    Sponsored by : About | Sitemap | Kerja sambilan