Berapa Harga Samsung Galaxy Beam ?

Posted on
  • Aug 29, 2012
  • by
  • Admin
  • in
  • Pertama kali nampak iklan Samsung Galaxy Beam di kaca televisyen , agak -agak berapa harga galaxy beam ni ye ? , oooo mak aih !!! canggih sungguh , terpaku , tergoda .. terkujat dek kerana Samsung Galaxy Beam ada projector mini di dalamnya , boleh di jadikan lampu juga .. Zaman semakin canggih. Dua atau tiga bulan lagi entah applikasi apa yang akan di sumbatkan ke dalam " Telefon tangan " kita. Semuanya dalam gemgaman , canggih dan maju.
    samsung galaxy beam Berapa Harga Samsung Galaxy Beam ? diari ibu
    Teringin nak dapatkan telefon jenama samsung sebiji , waaaa.. tetapi ye lah kehendak tak perlu di penuhi sangat kan. Saya cuba cari maklumat harga samsung galaxy beam ni di internet , semua kurang tepat lagi , tetapi di antara RM1161 ke RM1499. Ada juga yang menganggarkan dari RM 1,600 ke RM1,800 .. Boleh tahan harganya.
    Tetapi jika di lihat dari fungsi projector mini nya , haruslah target jualan tertumpu kepada orang yang bekerja .. orang yang selalu membuat perbentangan , ianya menjadi mudah sebab tak perlu usung projector lagi. Suami saya sendiri pun sesuai ni , kerana dia selalu kena ambil gambar tapak projek dan buat pembentangan sikit-sikit. Blogger sesuai tak ? ah .. tapi peduli apa ? kalau dah suka tu .. ahaks…
    galaxy beam 02 400x322 Berapa Harga Samsung Galaxy Beam ? diari ibu
    Kelebihan yang terdapat di dalam galaxy bean ni sama je dengan telefon pintar yang lain , cuma projector mini dan fungsi torch light aje yang lain.. Sebenarnya saya tengok iklan tu dengan penuh kusyuk sampai tak terkata , dah habis iklan saya cuma mampu geleng kepala , kerana bayangkan teknologi yang semakin canggih dan tak terkejar ni. Dulu duk gila samsung galaxy s11 , pastu iPhone4s , dah la ni samsung galaxy beam pulak..
    UPDATE : HARGA RASMI DARI SAMSUNG MALAYSIA – RM1599


    0 komen:

    Post a Comment

    Takkan bace je kot? Komen sikit...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     
    Copyright (c) 2013-now Edited by mbt
    Sponsored by : About | Sitemap | Kerja sambilan