ROBOCON juarai Anugerah Reka Bentuk

Posted on
  • Aug 28, 2012
  • by
  • Admin
  • in
  • JOHOR BAHRU - Pasukan ROBOCON Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Reka Bentuk Terbaik pada Pertandingan Asia-Pacific Robot Contest 2012 yang berlangsung di Hong Kong, China pada 19 Ogos lalu.
    Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM, Dr. Yeong Che Fai berkata, gaya persembahan pasukannya yang selari dengan tema pertandingan iaitu Peng On Dai Gat, In Pursuit of Pursuit of Peace and Prosperity terbukti berjaya menambat hati panel antarabangsa.
     
    "Cabaran pada pertandingan tahun ini ialah kolaborasi antara robot manual dan automatik. Pasukan yang berjaya mengumpul semua bun dalam masa terpantas diisytiharkan sebagai pemenang.
    "Ketika sesi latihan, pasukan UTM berjaya mengutip semua mata dalam masa 39 saat dan antara yang terpantas berbanding pasukan lain," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam


    0 komen:

    Post a Comment

    Takkan bace je kot? Komen sikit...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     
    Copyright (c) 2013-now Edited by mbt
    Sponsored by : About | Sitemap | Kerja sambilan