Legoland jalani ujian akhir

Posted on
  • Sep 1, 2012
  • by
  • Admin
  • in
  • JOHOR BAHRU - Taman tema terbaharu, Legoland Malaysia di Nusajaya kini dalam peringkat percubaan tahap terakhir membabitkan semua permainan dan perkhidmatan yang ditawarkan sebelum ia dibuka kepada umum pada 15 September ini.
     
    Ia bertujuan memastikan kesemua fasiliti yang terdapat di taman tema berkenaan dapat beroperasi dengan baik dan selamat.
    Pengarah Jualan dan Pemasaran Legoland Malaysia, Thila Munusamy berkata, bagaimanapun syarikat pengurusan menjemput beberapa pihak seperti media dan ahli keluarga pengurusan merasai dulu keriangan di taman tema tersebut bagi mendapatkan maklum balas terhadap persediaan sebelum dibuka.
    "Percubaan terakhir ini juga merupakan latihan secara langsung kepada kakitangan di taman tema itu.
     
    "Kami menyasarkan seramai mungkin pengunjung pada hari pembukaan rasmi nanti," katanya kepada pemberita semasa lawatan khas media dan ahli keluarga pengurusan ke Legoland Malaysia di sini semalam.


    0 komen:

    Post a Comment

    Takkan bace je kot? Komen sikit...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     
    Copyright (c) 2013-now Edited by mbt
    Sponsored by : About | Sitemap | Kerja sambilan