William Yau Zhen Zhong 6 Tahun Hilang Di Putra Heights, Ganjaran RM20k

Posted on
  • Jan 20, 2013
  • by
  • Admin
  • in
  • SHAH ALAM 20 Jan. - Misteri kehilangan seorang kanak-kanak berumur enam tahun, William Yau Zhen Zhong masih diklasifikasikan sebagai kes orang hilang dan bukan culik, kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asistem Komisioner Yahaya Ramli.Beliau berkata, ini kerana tiada sebarang wang tebusan diminta daripada keluarga mangsa sehingga kini.Katanya, polis percaya ada individu telah menemui Zhen Zhong yang dilaporkan hilang di Putra Heights, Subang Jaya Rabu lalu, sebelum menyembunyikan kanak-kanak itu.
    Polis juga menerima banyak panggilan daripada orang awam berhubung kes ini dan tiga panggilan yang diterima menyatakan mereka ternampak kanak-kanak tersebut tetapi selepas siasatan dijalankan ia adalah tidak benar.

    “Selain mengedarkan gambar mangsa, sistem amaran awal kehilangan kanak-kanak dikenali sebagai talian NUR Alert sudah diaktifkan," katanya kepada pemberita di rumah keluarga kanak-kanak itu di Seksyen 25 di sini hari ini.Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengadakan lawatan ke rumah keluarga mangsa.
    Macam mana boleh hilang?
    Pada Rabu lalu, anak kedua daripada tiga beradik itu dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights dekat sini apabila gagal ditemui selepas dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik di situ.

    Shahrizat berkata, beliau akan membantu keluarga mangsa dan pihak polis untuk mengesan kanak-kanak itu dengan mengedarkan gambar Zhen Zhong melalui 22,000 cawangan wanita Barisan Nasional (BN) di seluruh negara.

    Selain itu, katanya, Skuad Sayang Wanita UMNO di seluruh negara juga akan dikerah dalam misi mencari semula kanak-kanak itu.Sementara itu, bapa mangsa, Yau Kok Kang, 32, berharap mana-mana individu yang menyimpan serta menjaga Zhen Zhong supaya memulangkan semula kanak-kanak itu ke pangkuan keluarga atau mana-mana lokasi selamat dengan segera.

    03-56319800
    Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu diminta menghubungi polis di talian 03-56319800, 012-2197133 atau Kok Kang di 016-9691616. - BERNAMA


    5 komen:

    anwar maju said...

    dekat onking ke ni?

    azzara cotton said...

    boleh jadi

    putraavenue said...

    kena hati2 bawak anak jalan2 ni lepas ni

    keje giant said...

    kat giant pun bahaya gak nih

    lucy said...

    parent tinggal seksyen berapa ni?

    Post a Comment

    Takkan bace je kot? Komen sikit...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     
    Copyright (c) 2013-now Edited by mbt
    Sponsored by : About | Sitemap | Kerja sambilan