Persatuan Penduduk Sek 1 Dan 6 Putra Avenue : Kempen Membayar Yuran Keselamatan

Posted on
  • Mar 2, 2012
  • by
  • Admin
  • in
  • Beberapa hari lepas aku ada terima sms daripada wakil jawatankuasa kawasan rumah aku tentang yuran keselamatan rm70 tuh.
     
    "We are going tu start our own security bt 01.04.2012 therefore we need you to sign consent letter along with 6 month payment rm420. Write cheque to 'PP SEK 1 DAN 6' or cash. Call me if your payment is ready for collection."
     
    Emm.. mana aku carik duit nih rm420 untuk security ni. Ini dah kira macam prepaid nih, bayar dulu servis kemudian. Walau apapun, untuk keselamatan semua, kena le bayo kan. Jawatankuasa dah ambil kira semua aspek utk tetapkan rm70 sebulan tuh kan, takkan main saja2 letak harga cam tukan walaupun secara peribadinya bagi aku le, agak mahal.
     
    Kalau servis security macam yg ada sekarang nih, rm70 tu agak mahal kecuali kalau aktiviti security ni dipertingkatkan atau di buat pembaharuan. Bagi nampak macam security ni menjalankan tugas dgn lebih berkesan.
     
    Walauapapun, aku support apa yg jawatankuasa buat untuk keselamatan semua warga Putra Avenue. Tak sanggup aku nak jadi ahli jawatankuasa oooo.. kira respek le diorang ni buat kerja secara sukarela.

     


    0 komen:

    Post a Comment

    Takkan bace je kot? Komen sikit...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     
    Copyright (c) 2013-now Edited by mbt
    Sponsored by : About | Sitemap | Kerja sambilan