Awas pencuri lagak staf TNB

Posted on
  • Aug 27, 2012
  • by
  • Admin
  • in
  • KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihati orang ramai supaya berhati-hati berikutan satu kes samun di Johor Baharu oleh dua lelaki menyamar sebagai pekerja TNB baru-baru ini.
     
    Menurut TNB, pasukan kerjanya akan hanya memasuki halaman rumah dengan kebenaran penghuni setelah menunjukkan kad pekerja atau kad pengenalan diri dibekalkan TNB.

    "Bagi anggota kerja TNB yang menjalankan tugas di premis pengguna, mereka diwajibkan memakai pakaian seragam syarikat berupa kemeja-T merah berlogo TNB beserta jaket biru dengan sulaman logo TNB berwarna merah dan mempunyai nama anggota kerja itu," menurut kenyataan TNB, semalam.
    Pengguna diminta segera menghubungi TNB sekiranya didatangi pihak mencurigakan yang mendakwa sebagai pasukan kerja TNB.- Bernama


    0 komen:

    Post a Comment

    Takkan bace je kot? Komen sikit...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     
    Copyright (c) 2013-now Edited by mbt
    Sponsored by : About | Sitemap | Kerja sambilan