Bekas raja pecut, isteri terima ijazah UUM

Posted on
  • Oct 7, 2012
  • by
  • Admin
  • in
  • SINTOK - Bekas raja pecut Asia Tenggara, Nazmizan Muhammad berkongsi kegembiraan dengan isterinya, Suhana Abdul Mutalib apabila kedua-dua mereka memperoleh ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan pada Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) ke-25 di sini semalam.
    Nazmizan, 31, dan Suhana, 33, masing-masing menamatkan pengajian dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.62 dan 3.88.
     
    Dia yang ditemui bersyukur kerana hasil penat lelah selama hampir dua tahun menyambung pengajian di peringkat sarjana akhirnya membuahkan hasil.
    "Alhamdulillah, hari ini (semalam) saya berkongsi kejayaan dengan isteri dan ini adalah berkat kesungguhan dan pengorbanan kami selama ini," katanya.
    Dia yang merupakan Pegawai Tadbir Pusat Sukan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berharap kejayaan itu dapat menjadi inspirasi kepada dua anaknya, Daniya Alesha, 4, dan Aisy Mifzal, 3, untuk berjaya pada masa depan.


    0 komen:

    Post a Comment

    Takkan bace je kot? Komen sikit...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     
    Copyright (c) 2013-now Edited by mbt
    Sponsored by : About | Sitemap | Kerja sambilan