2012 antara tahun dunia paling panas

Posted on
  • Jan 16, 2013
  • by
  • Admin
  • in
  • Washington: Tahun 2012 berada dalam 10 senarai teratas tahun paling panas dalam rekod moden global, dua daripada agensi pemantau iklim Amerika Syarikat melaporkan kelmarin.

    Agensi angkasa lepas Amerika NASA dan Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Nasional (NOAA) secara bersama mengeluarkan dua laporan berhubung suhu dunia tahun lalu.
    Paling panas

    Perbezaan dalam dua kedudukan itu kemungkinan berikutan ekstrapolasi suhu NASA di kawasan tanpa stesen cuaca, terutama berhampiran kutub," James Hansen, Pengarah Institut Kajian Angkasa Lepas Goddard NASA di New York

    NASA meletakkan tahun lalu di tempat kesembilan paling panas sejak rekod disimpan pada 1880 sementara NOAA mendapati tahun lalu adalah yang ke-10 paling panas.

    "Perbezaan dalam dua kedudukan itu kemungkinan berikutan ekstrapolasi suhu NASA di kawasan tanpa stesen cuaca, terutama berhampiran kutub," kata pengarah Institut Kajian Angkasa Lepas Goddard NASA di New York, James Hansen.

    Suhu tinggi melampau

    Suhu permukaan global 2012, termasuk tanah dan air adalah satu darjah Fahrenheit (0.56 darjah selsius) lebih panas berbanding purata 1951 hingga 1980. Ia cukup untuk meningkatkan suhu tinggi melampau tahun lalu, lapor Hansen.
    Tahun lalu juga adalah tahun ke-36 berturut-turut dengan suhu global lebih panas berbanding purata kurun ke-20, kata saintis dari dua agensi kepada satu taklimat media.

    Senator Barbara Boxer, seorang anggota Demokrat California yang mempengerusikan jawatankuasa alam sekitar Senat, berkata laporan itu menjelaskan bahawa bumi semakin panas dan aliran sedang menuju kepada hala yang salah. - REUTERS


    0 komen:

    Post a Comment

    Takkan bace je kot? Komen sikit...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     
    Copyright (c) 2013-now Edited by mbt
    Sponsored by : About | Sitemap | Kerja sambilan