Seminar Islam Nusantara: Tujuh resolusi dilulus

Posted on
  • Jan 20, 2013
  • by
  • Admin
  • in
  • KUALA LUMPUR 20 Jan. - Seminar Nusantara - Islam di Asia Tenggara: Cabaran dan Harapan yang berakhir hari ini mencapai tujuh resolusi untuk tindakan pemimpin-pemimpin umat Islam Nusantara dan Masyarakat Melayu Islam Keseluruhannya.
    Antara tindakan segera resolusi itu, sebuah Sekretariat Kerjasama Nusantara (Sutera) akan diwujudkan sebagai pusat sehenti bagi menyelesaikan pelbagai isu yang memerlukan penyelesaian strategik meliputi komuniti umat Islam di rantau itu.
    Resolusi itu diserahkan oleh Pengerusi Persatuan Generasi Bestari, Mohd. Yusof Din kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan pada majlis penutup seminar itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini. - UTUSAN


    0 komen:

    Post a Comment

    Takkan bace je kot? Komen sikit...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     
    Copyright (c) 2013-now Edited by mbt
    Sponsored by : About | Sitemap | Kerja sambilan