Aplikasi pengkalan data murid - apdm adalah laman web online yang dibina oleh kementerian pelajaran Malaysia untuk mengumpul data pelajar-pelajar bagi sekolah seluruh Malaysia. Guru yang terlibat dalam mengemaskini data apdm ialah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ( HEM ), Penyelaras APDM dan GUru Kelas. Kesemua data murid di masukkan ke dalam sistem apdm untuk kemudahan semakan.
Guru patut tahu ni
Semua murid telah naik tahun / tingkatan secara automatik oleh sistem APDM. Guru kelas hanya perlu kemaskini kelas murid (sekiranya berubah). Administrator APDM sekolah perlu terlebih dahulu melantik semula semua guru kelas dan pembantu tadbir (PT) untuk sesi persekolahan 2013 berserta MBMMBI dan sesi pagi / petang kelas tersebut.
Enrolmen dan maklumat murid bagi sesi persekolahan 2013 perlu dikemaskini sebelum 25 Januari 2013 untuk keperluan pentaksiran (SAPS, SPPBS dan pendaftaran UPSR) dan bantuan murid.Mulai 1 Januari 2013, Murid-murid tahun 1 dan tingkatan 1 yang telah mendaftar menggunakan edaftar rendah dan edaftar menengah APDM hanya perlu dikemaskini kelas oleh Administrator APDM sekolah. Guru kelas hanya perlu mendaftar murid baru yang tiada dalam senarai.
Aplikasi akan di tutup setiap hari pada pukul 12:00 AM hingga 12:15 AM setiap hari bagi tujuan penyelenggaraan.
Anak Soleh Dan Solehah
Di samping hantar anak sekolah dengan pelbagai sistem yang ada macam apdm nih, jangan lupa juga kena didik anak jadi soleh dan solehah. Bacaan terbaik mengenai cara mendidik anak secara Islam boleh rujuk di panduan mendidik anak secara soleh / solehah.
0 komen:
Post a Comment
Takkan bace je kot? Komen sikit...