Bagi memastikan Lepas habis belajar dan bekerja, bila dah ada duit dan terasa mampu, masing-masing nak beli rumah kan. Sekarang ni harga rumah dah makin naik, harga rumah memang sentiasa naik mana de nak turun-turun. Kali ni aku nak kongsi skit strategi beli rumah rumeh teres atau rumah yang bertanah di mana artikel ni di kongsi dari blog-blog hartanah dan juga ebook-ebook terkenal seperti rahsia pinjaman perumahan.
#1 Pegangan Rumah Jangka Masa Panjang
Bagi memastikan anda mempunyai kapasiti untuk membuat pelaburan rumah teres, anda perlu merancang untuk memegang rumah teres anda dalam jangka masa panjang. Ini kerana jika anda tiada kapasiti, anda akan cepat putus asa dan tidak dapat merasai keuntungannya.
Bukan itu saja kebanyakan rumah teres nilai sewa masih rendah berbanding rumah apartment yang mendapat permintaan yang tinggi. Oleh yang demikian strategi pelaburan jangka masa panjang sangat baik untuk anda yang baru nak memiliki rumah jenis teres dan bertanah.
#2 Lokasi yang strategik
Lokasi adalah salah satu 'rule' atau 'undang-undang' dalam pelaburan hartanah. Tidak terlepas juga dengan hartanah jenis teres dan bertanah ini. Anda perlu tahu lokasi mana yang mendapat permintaan tinggi walaupun tiada kemudahan seperti 'LRT' atau 'MRT'.
Kenapa? Ini kerana kebanyakan mereka yang ingin tinggal di rumah teres ini mereka sanggup untuk memandu kenderaan masing-masing ke tempat kerja. Kebanyakan mereka yang tinggal di rumah teres adalah golongan pertengahan yang mahukan keselesaan bagi keluarga dan anak-anak walaupun kmungkinan jarak ke tempat kerja jauh.
Keselesaan merupakan salah satu sebab permintaan tinggi untuk hartanah jenis ini.
#3 Pembeli 'upgrade' atau naik taraf
Kehidupan kita banyak berkait rapat dengan ekonomi. Begitu juga dalam pembelian rumah. Setiap manusia mahukan peningkatan daripada segi pendidikan. ekonomi dan gaya hidup. Oleh yang demikian, Sasaran rumah jenis teres ini adalah untuk golongan pertengahan yang sentiasa mahu meningkatkan ekonomi dan gaya hidup mereka.
Ini adalah selaras dengan kadar kenaikan pendapatan bagi sesetengah masyarakat. Sungguhpun begitu apabila kita bercakap tentang pembeli naik taraf, mereka juga mencari rumah teres yang mampu mereka miliki. Dalam keadaan pasaran yang tinggi sekarang ini, memang sukar untuk memiliki rumah teres, namun masih ada lokasi yang belum diterokai.
P/s: Anda juga mesti mengetahui 40 soalan yang patut di tanya kepada peguam anda sebelum beli hartanah di Malaysia.
0 komen:
Post a Comment
Takkan bace je kot? Komen sikit...